Penerangan
-
Bekam merupakan satu amalan tradisional yang diamalkan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia. Tujuan berbekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor dari badan yang menjadi punca penurunan tahap kesihatan.
Jenis-jenis bekam
-
- Bekam kering/bekam angin - Peralatan bekam hanya diletakkan di atas permukaan kulit, kulit tidak ditoreh dan tiada pendarahan berlaku.
- Bekam basah - Kaedah ini melibatkan peralatan bekam yang diletakkan di atas permukaan kulit yang telah ditoreh/dicucuk dan berlaku pendarahan melalui luka tersebut yang dikumpul di dalam peralatan bekam.
Manfaat
- Mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan peredaran darah
- Menenangkan sistem saraf
- Untuk melegakan dan mengurangkan sakit belakang dan leher, mengurangkan keresahan kepenatan
-
Pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan bekam mestilah berumur antara 10 hingga 65 tahun. Bagi pelanggan yang berumur lebih daripada 65 tahun, berbekam boleh dilakukan sekiranya mempunyai tahap kesihatan yang baik.