Ultrasound Therapy

Penerangan

Terapi ultrasound merupakan sejenis thermotherapy (terapi panas) yang menggunakan arus gelombang pemanasan dari dalam yang dapat mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot.

Terapi ultrasound dapat mengurangkan masalah seperti bengkak, otot spasm , radang saraf, tendinitis (keradangan pada tendon), bursitis (keradangan pada bursa yang berada antara tendon dan tulang), sprain (kecederaan pada ligament), strain(kecederaan otot) ,kecederaan rotator cuff , frozen shoulder (bahu beku) ,arthritis dan carpal tunnel syndrome.

Antara kebaikan terapi ultrasound adalah dapat mempercepatkan proses pemulihan pada kecederaan pada otot tisu , ligament dan tendon, mengurangkan bengkak, melancarkan peredaraan darah serta mengurangkan sakit.

Manfaat
  • Mengurangkan kecederaan otot
  • Mengurangkan sakit sendi-sendi pada badan
  • Muscle spasm
  • Mengurangkan bengkak
  • Mempercepatkan kadar penyembuhan pada tisu otot