OUR
SERVICES

Urutan/Massage

Urutan adalah satu proses memulihkan kesihatan dengan cara menekan kawasan badan dengan hujung jari, tapak tangan, lengan, siku dengan tenknik urutan yang sistematik dan teratur. Urutan boleh digunakan pada yang terseliuh, terkehel,sakit urat saraf, sakit kepala dan lenguh-lenguh seluruh badan.

Ini adalah diantara penyakit yang boleh dikategorikan penyakit-penyakit ringan tetapi kalau dibiarkan ia boleh menjadi serius. Antara manfaat urutan ialah mengurangkan sakit kepala, mengurangkan sakit belakang, mengurangkan sakit sendi dan juga mengurangkan lenguh-lenguh badan.

Manfaat urutan/massage adalah seperti berikut:

  • Mengurangkan tekanan pada otot
  • Meningkatkan pelbagai pergerakan
  • Meningkatkan prestasi sukan
  • Meningkatkan fungsi tisu lembut
  • Mengurangkan kekejangan otot dan keletihan